Setakat hari ini, Khamis, pada jam 11 malam, ringgit masih gagal mendapatkan momentum positif. Berdasarkan data daripada Tradingview, setakat jam 11 malam, ringgit terus jatuh berbanding semua mata wang utama dunia. Dolar Amerika sekali lagi mengungguli apabila ditutup 0.76% lebih tinggi, diikuti oleh mata wang Euro sebanyak 0.63% dan Pound Sterling 0.60% berbanding ringgit.

Di rantau Asia, ringgit juga gagal mendapatkan momentum positif apabila ditutup rendah berbanding peso Filipina (-0.74%), baht Thailand (-0.64%) dan dolar Singapura (-0.70%). Rupiah Indonesia turut memberi kejutan kepada ringgit apabila ditutup positif sebanyak -0.24 berbanding ringgit Malaysia.

Dolar Amerika sekali lagi menjadi raja mata wang dunia apabila ditutup positif berbanding semua mata wang utama dunia yang lain seperti Euro, Pound Sterling, Dolar Australia, Dolar Kanada, dan Yen Jepun. Di rantau Asia pula, mata wang seperti Rupiah Indonesia, Baht Thailand, Dolar Singapura, dan Peso Filipina juga tidak terkecuali apabila semuanya ditutup rendah berbanding dolar Amerika.

Antara faktor utama yang menyebabkan dolar Amerika menguat adalah penurunan kadar pengangguran ke paras terendah dalam hampir 6 bulan, iaitu penurunan sebanyak 4000, dan juga inflasi harga pengeluar yang meningkat sebanyak 0.2% seperti yang dijangkakan.