Ringgit Malaysia dibuka lemah pada hari ini semasa sesi Malaysia dibuka. Trend ini diteruskan dari semalam apabila ringgit ditutup rendah berbanding dengan matawang utama dunia seperti dolar Amerika, dolar Australia, euro, Pound, dan Yen Jepun.
Ringgit Malaysia juga dilihat tidak berdaya berbanding dengan matawang serantau seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Dalam perbahasa parlimen semalam 11 November 2024, kerajaan menegaskan sentiasa memantau keadaan ringgit dan bersedia bertindak apabila perlu.
pada pagi ini, ringgit dibuka rendah -0.02% berbanding dengan dolar Amerika, -0.11% berbanding dengan Euro, 0.07% berbanding dengan Pound Sterling. Manakala ringgit dibuka positif +0.48% berbanding rupiah Indonesia, namun dibuka rendah berbanding dengan Singapura ( -0.09%) dan Thailand (-0.06%).
Melihat prestasi ringgit di awal sesi pembukaan tidak menunjukan pergerakan yang ketara dimana sentimen pasaran dalam keadaan berjaga-jaga. Keadaan ekonomi dunia akan memberi kesan kepada prestasi ringgit pada hari ini.