Ringgit Menghadapi Ketidaktentuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Pocket
WhatsApp

Ketidaktentuan pasaran dolar Amerika dalam beberapa minggu kedepan adalah disebabkan polisi yang belum jelas daripada Presiden Baru Amerika Syarikat, Donald Trump. Walaupun dolar Amerika ditutup tinggi 1.38% berbanding ringgit pada 6 Nov 2024, ianya dilihat sementara disebabkan kesan daripada kemenangan Donald Trump dalam pemilihan presiden Amerika.

Peningkatan dolar Amerika ini juga didorong oleh pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada aras 3.0% di hari yang sama. Pengukuhan ringgit pada hari Jumaat 0.45% berbanding dolar Amerika pula dilihat hanya sementara disebabkan aktiviti pengambilan untung daripada pelabur.

Pasaran ringgit dijangkakan mengalami ketidakstabilan disebabkan polisi yang belum jelas untuk dolar Amerika menyebabkan pelabur mengambil langkah berjaga-jaga. Memetik pernyataan rasmi Dasar Monetari pada 6 Nov 2024, Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau perkembangan ekonomi semasa dan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mapan dan harga yang stabil.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Pocket
WhatsApp

Never miss any important news. Subscribe to our newsletter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *